Isnin, 14 Mac 2011

apa rasionalnya dengan sambutan APRIL FOOL?

As-Salam
Selamat bertemu kembali. Sudah lama saya tidak mengemaskini blog saya
tajuk pada kali ini yang saya ingin kupaskan ialah 'Apa rasionalnya sambutan  April Fool'.
Seperti yang diketahui,lagi beberapa minggu kita akan menjengah ke bulan April.
Bulan ini yang paling digemari oleh ramai orang.
Mereka akan sama2 mengenakan kawan-kawan dengan pelbagai helah dan tipu muslihat.
Tapi tahukah anda apa sebenarnya makssud disebalik maksud April Fool?
April Fool tu bermaksud bulan diperbodohkan.
Tapi tahukah anda asal usul terjadinya April Fool itu?
Sejarawan Islam sepakat bahawa April Fool itu terjadi semasa peperangan Salib yang berlaku di eropah.
Masa itu kerajaan Islam Sepanyol sedang berkembang dan terkenal dengan ketinggian ilmu dan menjadi pusat rujukan di seluruh rantau arab dan Eropah ketika itu.
Kerajaan salib ketika itu amat tidak menyenangi ketinggian ilmu dan kemajuan teknologi yang dicapai oleh Kerajaan Islam Sepanyol ketika itu.
Mereka terasa lagi tamparan kekalahan peperangan sebelum ini,mereka mencari cara yang paling halus supaya tidak disedari oleh sesiapa.dan akhirnya tercipta lah pembohongan tersebut.
Mereka telah bergabung dan menyerang kerajaan Islam Sepanyol dari semua arah.
Semasa itu Kerajaan Islam Sepanyol dalam keadaan leka mengulit kemewahan dan berlaku penindasan kepada rakyat.
Akhirnya satu persatu wilayah Islam Sepanyol jatuh ke tangan tentera salib.
Ramai perempuan dan kanak2 Islam mati dibunuh dengan kejamnya.
Yang terselamat,mereka lari ke kota Granada yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan Islam Sepanyol.
Mereka tahu kota tersebut susah untuk ditembusi,mereka menjalankan jarum halus mereka untuk memancing supaya orang Islam yang berada di dalam kota tersebut supaya keluar.
Mereka mengumumkan bahawa sesiapa yang keluar sekarang akan diberi pengampunan dan tidak dibunuh.
Mereka amat tetarik dengan tawaran tersebut.
Mereka keluar berbondong-bondong keluar dari kota tersebut,akhirnya mereka dibunuh beramai-ramai oleh tentera salib,yang kedengaran hanyalah jeritan ,pekikan dan takbir memcah keheningan tersebut.
Akhirnya mereka berjaya menguasai kota Granada melalui taktik licik tersebut. Sultan Sepanyol terakhir dipaksa menyerah tampuk pemerintahan kepada mereka,sesudah itu beliau juga dihukum bunuh oleh Raja Henry the lion heart yang memang amat membenci kerajaan Sepanyol.
Berakhirnya kegemilangan dan kemahsyuran Sepanyol sebagai kota peradaban Islam.
Oleh itu,seeloknya kita hayati peristiwa tersebut dan bukannya dengan gahnya kita menyambutnya.

ANDA BUAT ANDA DAPAT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan