Rabu, 25 Ogos 2010

Marhaban Ya Ramadan

Marhaban Ya Ramadan
Sekarang sudah tiba pada pertengahan Ramadan
telah berlalu minggu pertama iaitu minggu keampunan
sekarang tibanya minggu kedua iaitu minggu kerahmatan
Sekarang berapa ramai umat islam dapat melaluinya dengan jaya
ataupun berapa ramai yang dapat melaluinya sekadar cukup-cukup makan
atau berapa ramai yg kecundang.
Sungguh mengejut apabila menyelak helaian demi helaian naskah surat khabar
kebanyakkan orang islam yang ponteng puasa dengan membuat alasan yang tidak munasabah dan munasarawak
sepatutnya mereka kena menjadi role model untuk anak-anak kecil supaya berpuasa
tetapi aper yang terjadi sekarang.
sudah terbalik anak-anak kecil diajar supaya jangan berpuasa atau senang dikenali puasa yang yok
mereka tanpa segan dan silunya membeli makanan pada waktu pagi dan membeli di tempat yang terbuka serta di tempat kebanyakkan org bukan islam tinggal
apa yang perlu dijawab oleh ibu bapa yang rata-ratanya sekarang sibuk menyiapkan persiapan menyambut syawal kelak sekiranya anak-anak bertanya 'kenapa pak cik tu tidak berpuasa?'
sekiranya kaum hawa,mereka boleh la menjawab mereka dah raya dulu ataupun dah naik bendera jepun
saya bukan ingin memperlekehkan kaum hawa yang mana darjatnya diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam islam setelah melahirkan anak. tetapi kalau yang terjadi pada kaum adam apa alasan yang ingin dijawab sekiranya anak-anak ini terus-menerus bertanya soalan-soalan berkaitannya. sudah tentu akan tergaru-garu kepala si bapa dan si ibu untuk menjawabnya.

Apa yang pelik kalau kita bertanya kenapa tidak berpuasa mereka akan bercakap seolah-olah mereka yang handal dalam hal ehwal islam mengalahkan mufti.kalau berkerja berat itu lain la tetapi kalau yang bekerja seperti di pejabat yang berhawa dingin atau pun yang tidak berkerja apa alasan yang  ingin diberikan?
Kita semua inginkan syafaat Baginda Nabi SAW di akhirat kelak. Tetapi kalau di dunia tidak mengikuti ajaran Baginda,bagaimana kita hendak mendapat syafaat Baginda? kalau ditanya, mereka akan menjawab, tidak bangun sahur tetapi kalau mengadap bola dunia dulu boleh pula ada yang sampai tidak tidur sehingga sampai ada sesetengah mengambil cuti tahun,cuti kecemasan dan cuti sakit.

Baginda Nabi S.A.W telah bersabda perbezaan antara puasa orang Islam dan ahli kitab ialah bangun sahur.
ada lagi hadis Baginda yang mengatakan bahawa 'Sesungguhnya dalam bersahur itu ada keberkatanNya',ada lagi hadis Baginda yang marhumnya bahawa terdapat satu pintu syurga yang bernama pintu AR-RAYYAN yang disediakan untuk orang-orang yang berpuasa dan apabila pintu terbuka disuruh la mereka yang berpuasa masuk dan apabila kesemuanya masuk,pintu itu ditutup dan tidak keluar la orang-orang didalamnya.Lagipun itu tidak boleh dijadikan kayu pengukurnya. Sesungguhnya bahawa Baginda Nabi SAW dan para sahabat Baginda telah berperang dalam Perang Badar dimana ia telah berlaku pada bulan Ramadhan iaitu 17 Ramadhan. tetapi mereka tidak berbuka walaupun mereka berperang di bulan Ramadhan untuk mendapat keredhaaNya. Apa-apa pun ini pandangan peribadi saya,kalau ada yang terasa hati,saya memohon sejuta kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Semoga Ramadhan ini membawa sejuta kerahmatan,keampunan dan kebebasan dari api neraka. InsyaAllah,moga-moga kita diampuni,dikasihi dan diredhai olehNya.
                 'Anda Buat Anda Dapat'

Ahad, 8 Ogos 2010

bulan ramadhan datang lagi

bulan ramadhan datang lagi
pada 11hb Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431 H
umat islam seluruh Malaysia akan memulakan ibadah puasa
bulan yang penuh dengan kerahmatan,keampunan dan kelepasan dari siksaan api neraka muncul kembali
buat kesekian kalinya setelah setahun tidak bersua.
Pada tarikh 10hb Ogos,umat islam memulakan sembahyang terawih,sesudah sembahyang Isyak
Bukan ini,yang saya ingin utarakan tetapi apa yang saya ingin utarakan ialah :-
berapa ramai umat islam dapat menghayati sepenuhnya bulan Ramadhan tersebut?
Apabila tiba masanya,ramai dari kita akan membuat pelbagai alasan yang tidak munasabah ataupun munasarawak kecuali pada yang betul-betul dalam keadaan uzur syarie.
cuba kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan bersama.