Isnin, 1 November 2010

musim haji kembali lagi

Musim haji kembali lagi
lebih daripada 2 juta jemaah haji dari seluruh dunia akan berhimpun di kota suci Mekah Al-Mukarramah dan kota suci Madinah Al-Munawwarah untuk menunaikan kewajipan ibadah haji. semoga mereka mendapat haji mabrur.
Diharapkan semua jemaah haji dapat memperbanyakkan ibadah sewaktu disana. satu perangai jemaah haji Malaysia
yang selalu saya perhatikan ialah keghairahan untuk membeli-belah ketika disana. Mereka lebih sibuk membeli-belah daripada memperbanyakkan ibadah untuk memohon keampunan kepada Allah. Terkejut saya mendengar pendedahan yang telah dibuat oleh Menteri yang berkenaan bahawa jemaah haji dari Malaysia telah membelanjakan hampir RM 2 billion kalau saya tidak silap. Bukan ke itu satu pembaziran. Kadang-kadang barangan tersebut ada dijual di Malaysia,mungkin disebabkan kadar tukaran wang antara Ringgit yang tinggi berbanding Saudi Riyal 
menyebabkan nilai wang Saudi Riyal menjadi rendah berbanding Ringgit Malaysia. Semua jemaah haji Malaysia
secara lazimnya akan dibawa melawat ke tempat yang bersejarah oleh Tabung Haji. Oleh itu ambillah kesempatan untuk menambahkan ilmu dan semangat serta tawadhu' dan jangan lupa tanamkan sifat kecintaan dan keinsafan kepada perjuangan umat islam yang terdahulu untuk menegakkan kalimah Islam di muka bumi ini. Lakukanlah ziarah dalam yakni di sekitar Masjid Nabawi,ziarahilah makam junjungan besar kita Nabi SAW serta para sahabatnya,sampaikan selawat dan salam dari sahabat handai dan saudara mara kita di Malaysia kepada Nabi SAW serta janganlah lupa untuk mengucapkan salam kepada penduduk Madinah di mana Baginda Nabi amat memuliakan mereka
Saya berdoa semoga para jemaah kita dikurniakan haji mabrur yang mana tiada balasan selain dari syurga.
Kepada umat islam di Malaysia diharapkan dapat menunaikan ibadah puasa sunat pada 9 zulhijjah yang mana para jumhur ulama mengatakan amat besar fadhilat berpuasa di bulan zulhijjah sewaktu para jemaah berwukuf di padang Arafah. Baginda Nabi juga ada bersabda bahawa pada hari wukuf tersebut jikalau mata setiap manusia dapat melihat perkara yang ghaib sudah tentulah mereka akan terkejut melihat kesesakan yang berlaku di langit dengan banyaknya kehadiran para malaikat yang turun ke langit dunia untuk membawa doa umat islam ke hadrat Allah,Tuhan seluruh alam. ada hadis riwayat yang mengata bahawa Nabi SAW bersabda bahawa Allah akan turun ke langit dunia untuk memberi  keampunan,kemaafan dan kerahmatan kepada sesiapa yang berdoa kehadratNya
InsyaAllah

ANDA BUAT ANDA DAPAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan