Ahad, 8 Ogos 2010

bulan ramadhan datang lagi

bulan ramadhan datang lagi
pada 11hb Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431 H
umat islam seluruh Malaysia akan memulakan ibadah puasa
bulan yang penuh dengan kerahmatan,keampunan dan kelepasan dari siksaan api neraka muncul kembali
buat kesekian kalinya setelah setahun tidak bersua.
Pada tarikh 10hb Ogos,umat islam memulakan sembahyang terawih,sesudah sembahyang Isyak
Bukan ini,yang saya ingin utarakan tetapi apa yang saya ingin utarakan ialah :-
berapa ramai umat islam dapat menghayati sepenuhnya bulan Ramadhan tersebut?
Apabila tiba masanya,ramai dari kita akan membuat pelbagai alasan yang tidak munasabah ataupun munasarawak kecuali pada yang betul-betul dalam keadaan uzur syarie.
cuba kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan